Apakah itu politik????

sang anak: apa itu politik ayah?
sang ayah: “Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?”

si anak tak dapat tidur kerana memikirkan penjelasan si ayah sehingga si anak mendapati si adik telah membuang taik di dalam pampers.

si anak ke bilik untuk mengejutkan si ibu tapi tidak berjaya.si ayah pula tiada di situ. pergi ke bilik pembantu rumah pula, si ayah sedang bersama si pembantu rumah. akhirnya si anak menukar pampers si adik sendiri.

keesokan pagi, si ayah bertanya pada si anak..

sang ayah: dah paham apa itu politik?
sang anak: paham ayah!
sang ibu: apa itu politik dik?
sang anak: “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja. Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik“.