Daun Sirih kesan zat active, kebaikan dan cara2 untuk mengubati penyakit

  1. Daun sirih sangat popular di masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan memanjat ini dijumpai di halaman rumah. Sirih (Piper betel) memang mudah ditanam. Tanaman ini boleh tumbuh baik di tempat panas atau di tempat yang terlindung.
  1. Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat.
  1. Kesan zat aktif yang ada pada seluruh bahagian tanaman sirih adalah;
    1. merangsang saraf,
    2. merangsang daya pikir,
    3. meningkatkan gerakan peristaltic.
  1. Daun sirih mempunyai kesan;
    1. mencegah ejakulasi prematur,
    2. mematikan fungus Candida albicans,
    3. anti kejang,
    4. analgesik,
    5. anestetik,
    6. mereda kejang pada otot,
    7. mengurangi cairan pada vagina,
    8. imunisasi tubuh,
    9. pelindung hati,
    10. dan antidiare.
  2. Kebaikan dan khasiat daun sirih;
    1. mengatasi batuk,
    2. bronchitis,
    3. menghilangkan bau badan,
    4. mengubati luka bakar,
    5. Hidung berdarah
    6. bisul,
    7. mata gatal dan merah,
    8. gatal-gatal,
    9. menghentikan pendarahan gusi,
    10. menghilangkan bau mulut,
    11. jerawat,
    12. keputihan,
  1. Ubat batuk
    1. 15 helai daun sirih direbus dengan tiga gelas air hingga bakinya tinggal 1½ drpdnya, minum dengan madu.
  1. Ubat bronchitis,.
    1. 7 helai daun sirih dan gula batu satu kiub direbus dengan dua gelas air hingga bakinya satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas.
  1. Menghilangkan bau badan,
    1. 5 helai daun sirih direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum di setiap pagi.
  1. Ubat luka terbakar,
    1. Daun sirih diperas airnya, ditambah sedikit madu, dibubuhkan pada tempat yang luka terbakar.
  1. Hidung berdarah
    1. Abil sehelai daun digulung untuk menyumbat hidung berdarah.
  1. Bisul,
    1. daun sirih secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, disapukan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali.
  1. Mengatasi mata gatal dan merah,
    1. 5 helai daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah sejuk untuk cuci mata dengan memakai gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh.
  1. Gatal-gatal,
    1. 20 helai direbus, ketika suam2 dipakai untuk cuci.
  1. Menghentikan pendarahan gusi,
    1. 4 helai direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur.
  1. Untuk menghilangkan bau mulut,
    1. 2 helai daun diremas, dipakai untuk kumur.
  1. Jerawat,
    1. 7 helai daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian dilarutkan dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.
  1. Keputihan,
    1. 10 helai daun direbus dengan 2,5 liter air, suam2 dipakai untuk mencuci liang kemaluan