Home-made apple cider

Saya dah mencuba pelbagai cara untuk menbuat apple cider di rumah. Seperti yang ditunjukan di laman2 web tengah pembuatan nya, Nampak mudah tapi sebenarnya merumitkan. Ada pelbagai website yg menerangkan cara-cara untuk membuat home-made apple cider. Antaranya ialah;

1. http://www.earthclinic.com/Remedies/how_to_make_apple_cider_vinegar.html

2. http://www.youtube.com/watch?v=TEwOzhyVYyc

3. http://www.naturemoms.com/homemade-vinegar.html

Saya pernah mencuba kesemua cara di atas tetapi agak sukar untuk mendapat Apple Cider seperti yg di hajati. Setelah membaca beberapa article kini saya telah menjumpai cara membuat apple cider dgn amat mudah. Tetapi cara ini memerlukan sedikit perbelanjaan. Tetapi perbelanjaan ini hanya sekali sahaja. Cara-cara nya adalah seperti dibawah;

1. Dapatkan Bragg Apple Cider Vineger 473ml di pasaraya berhampiran anda. Harga dalam lingkungan RM 13-15. Sekiranya ingin membeli jenama lain pastikan ada tertulis “with the mother inside”. Ini sangat penting untuk penghasilan apple cider.

2. Dapatkan marigold 100% apple juice 1L. Harga dalam julat RM4-5. Jus apple mesti 100% pure juice tanpa pewarna, perasa dan pengawet tambahan.

3. Goncang apple cider yang di beli tadi dan bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dibiarkan kedalam bekas asal. Dan bahagian kedua dimasukkan ke dalam bekas 1.5L.

4. Campurkan keseluruhan jus apple yg dibeli kedalam bekas 1.5L tadi. Tutup rapat dan biarkan selama seminggu.

5. Sekiranya apple cider anda habis anda boleh mengulangi proses di atas berulang kali tanpa membeli apple cider yang baru dah cosy g diguna kan pada masa akan datang hanyalah coz juice apple sahaja iaitu RM 5.

6. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.