1.Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

“Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah

wanita yang murah mas kahwinnya,

yang senang nikahnya
dan

baik budi pekertinya.

 

Dan wanita yang jahat ialah

wanita yang mahal mas kahwinnya,

payah nikahnya
dan

yang buruk budi pekertinya.

2. “Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji.

Dan lelaki yang keji
diperuntukkan untuk wanita yang keji
pula,

dan wanita yang baik
diperuntukkan bagi lelaki yang baik,

dan lelaki yang baik
diperuntukkan bagi wanita yang baik
pula.” (An Nur: 26)

# Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud,

“Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk.

Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya.

Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah.

Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok.

Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.”