Posts from the ‘aku’ Category

Kalu GAGA aka Gagah masuk sini

Aku Tak Sembahyang TETAPI

Aku Tak Sembahyang….Tetapi Aku Berjaya… ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

” Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, ” Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

” Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

” Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

” Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Pagar ikan



Akurium di jadikan pagar rumah….

Wow…. satu yg menakjubkan…

Tertekan dgn Naik dan Naik

  1. Pada weekend yg lepas aku dan bonda pergi ke tesco berdekatan dgn rumah. Masih ramai org2 yg berbelanja di Tesco. Barang keperluan kat rumah makin kurang. So kena la beli benda2 yang patut. Tapi yg tak sedap hati nya. Barang yang di ambil tak la banyak sangat tapi harga barang sekarg makin mahal. Aduh beli benda2 basic jer dah dekat RM 120 da… mmmm…. mahal betul harga barang sekarang nie.

 

  1. Selang sehari… aku dan bonda pergi ker Maidin usj. Tempat makcik2 suka bershoping. Sewaktu beratur di kanter nak bayar kat maidin usj nie di hadapan aku ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Aku dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, aku dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan aku, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.

 

  1. Kini tiba turn aku pulak..barang yg di ambil pun tak la byk sgt. Bila tiba di kauter tup tup kena kat RM280… pening aku seketika… apa benda yang mahal sgt nie. …nak bayar cash dah tak cukup…coz aku bw dlm 200 jer…. nak tak nak kena la swipe CC aku…. utang la dulu dgn bank…dan bayar kemudian….harga barang sekarng memang sgt mahal. Tak macam 3-4 tahun lepas… Terasa sgt perbezaan nya…. . Sewaktu beratur untuk membayar, Nilai wang yg ada makin kecil pulak rasanya.

     

  2. Hari yang sama aku mengisi minyak kereta di USJ. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk ** dan ****jaan atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak. Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu aku rasa. Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, “Kita jangan bagi ** menang lagi next election, kita cuba pulak **.”
  3. Aper2 jer la… aku tak minat sgt dgn politik…tapi bila aku pun makin terasa kesempitan hidup….mungkin kena piker balik….
  4. Petang sebelum pulang ke rumah, kami singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan. Sewaktu aku dan bonda hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang aku rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 3 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.80 kepada kakak tersebut.
  5. Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata aku bila melihat keadaan ini.
  6. Aku memang kurang keluar rumah. Hanya membeli nasi bungkus pada setiap hari-hari yang mendatang. Aku kerap mendengar keluhan jiran2 aku yg dah bekeluarga tentang barang mentah mahal dan sebagainya. Kini baru aku mengetahui apa yg mereka katakan….

 

  1. Sedih bila mengenangkan bumi Malaysia yang kaya dgn hasil bumi kurnian Ilahi jadi mcm nie. Apa yg berlaku hanyalah kata2 membanding kan Negara jiran, dimana harga di M’sia jauh lebih murah…tapi pendapatan perkapita rakyat dinegara jiran jauh lebih tinggi…contoh di Singapore pendapatan min per kapita ialah 35K sing dollar (RM 80K)…ape la yg ada pada Singapore hanyalah Negara trading yg tiada hasil bumi nak bandingkan masia yg sgt2 kaya dgn hasil bumi….

 

 

FB x jadi tutup

 

Ceria2 selalu….

 

Kuang3